I
Sabtu, 22 Mei 2010
Penat...
Salam, sepanjang hari aku just duduk sahaja di UTHM menunggu saat giliran adik aku untuk ditemuduga bagi melayakkan dirinyan sama ada layak untuk memasuki program ijazah pendidikan dalam bidang akauntasi yang telah ditawarkan oleh UPSI. Walaupun keletihan menyelebungi diri aku,tetapi aku tabah menghadapinya demi adiku yang tersayang, semoga apa yang aku lakukan ini akan memberikan suatu semangat dalam dirinya untuk mengahadapi dugaan didalam temuduga yang dia tempuhi. Sepanjang hari didalam UTHM apa yang dapat aku lakukan adalah keluar masuk kedalam bilik air sambil berbual dengan keluargaku yang turut sama menghantar adiku. Itulah pengalaman 1hari yang dapat aku coretkan didalam blog aku ini, Ops!!! sebelum terlupa, aku makan tengahari di kafe UTHM, tak sangka yang meniaga di kafe tersebut adalah arab mesir, sememangnya orang arab memang pandai membuat nasi beriani, so aku telah order nasi beriani daging kambing, ternyata apa yang aku order tu tidak sia-sia, kerana nasi beriani daging diorang memang kaw x1000000 sedap gilerrr...itulah nasi beriani yang sedap pernah aku makan seumur hidup aku. hehehe.. oklah itu sahaja pengalaman aku makan nasi beriani di leafe UTHM. Aku harap aku dapat ke UTHM lagi untuk menikmati nasi beriani arab mesir itu lagi. Salam 1Malaysia untuk semua.
P/s : Dimana ada pengorbanan disitu ada kejayaan :D








