I

Sabtu, 22 Mei 2010

Nokia E72 ku.....

  • Sabtu, 22 Mei 2010
  • ibnuyusop
  • Share


  • Bersyukur aku kepada ALLAH kerana telah memakbulkan doa aku untuk memiliki Nokia E72 yang telah lama aku idamkan selama ini. Aku tidak sangka yang aku akan memiliki Handset secanggih ini kerana sebelum ini aku hanya menggunakan Handset yang tidak memiliki skrin berwarna malah tidak memiliki nada deringi truetone. Tetapi sekarang segala apa yang aku hajatkan menjadi kenyataan malah lebih dari apa yang aku bayangkan sebelum ini. Jadi aku nak ceritakan kepada korang semua kehebatan yang dimiliki Handset ini. Kelebihan yang ada pada Handset ini sudah tentulah keypad dia seperti keyboard laptop, dengan itu mudah aku untuk menaip sms dengan laju dan sempurna :D. dan kelebihan yang kedua adalah Handset ini memiliki berat yang ideal untuk lelaki seperti aku,iaitu Handset ini berat dan bila seseorang memegangnya ia akan rasa mantap  :D. Nak dijadikan citer suatu hari aku telah melawati sebuah forum mengenai Handset dan dia telah mengajar bagaimana hendak melayari internet Free sahaja melalui Handset ini, so tanpa berlengah-lengah lagi aku menuruti segala aturan dan tunjuk ajar yang diberikan, ternyata ianya berhasil dan membolehkan aku melayari internet dengan Free sahaja :D. Itu sahaja yng aku nak citerkan sebenarnya :D Salam.

    P/s : Jangan mencuri, kerana mencuri adalah dosa besar, kenapa ianya dosa besar? kerana mencuri termasuk dalam dosa yang boleh dikenakan Had Hudud, maka dosa yang ada padanya dikenakan Had Hudud maka ianya adalah dosa besar : sekian salam.

    Subscribe