I

Isnin, 17 Mei 2010

Rindu!!

  • Isnin, 17 Mei 2010
  • ibnuyusop


  • Harini apa yang aku lakukan serba tidak kena, kerana didalam hatiku merindui seseorang yang jauh dari pandanganku ini tetapi dia dekat dihatiku. Seharian aku menunggu khabar beritanya dari negara orang, sesekali mataku ini memandang kearah handset ku dengan harapan si dia akan menghantar khabar beritanya kepada dirku. Aku langsung tidak mendapat khabar, hatiku menjadi resah kerana memikirkan apakah yang berlaku keatas dirinya, ialah dia berada di negara orang yang jauh daripada keluarganya dan jauh daripada pandanganku. Dihati kecilku aku sentiasa mengharapkan tidak akan berlaku apa-apa keatas dirinya. Jam menunjukkan 10.48PM dan ketika itu aku terdengar bunyi sms yang datangnya dari handphone ku, lantas aku mencapainya dengan penuh harapan yang sms bakal ku terima ini adalah dari dia, ternyata apa yang ku harapakan menjadi kenyataan, sidia telah mengirimkan suatu pesanan kepada diriku. Kandungan smsnya berbunyi begini " Salam. Maaf abg, fara baru balik dari uni. Baru siapkan satu report, ada 2 lagi. Dahsyat sungguh fara rasa" itulah kandungan sms yang ku terima. Selepas menerima pesanan darinya maka aku menarik nafas lega tanda segala keresahan yang terbuku dihatiku lebur-seleburnya. sekian wassalam.

     P/s : Rindu itu adalah anugerah dari ALLAH
    Read more...

    Ahad, 16 Mei 2010

    0

    Duitt!!!!!

  • Ahad, 16 Mei 2010
  • ibnuyusop


  • Duit....oh dimana engkau...sudah lama aku menunggumu duitku..bak kata pepatah bagaikan pungguk merindukan bulan. hahah. Selamna berminggu-minggu aku menunggu pinjaman yang telah aku mohon daripada PTPTN sehingga sekarang duit yang aku tunggu belum lagi masuk ke dalam akaun simpananku. Ini membuatkan aku menjadi tersangat-sangatlah tension, disebabkan banyak aktiviti yang aku hendak lakukan terbantut. Aku akan beritahu aktiviti yang aku hendak lakukan dengan duit pinjaman itu, yang pertama aku hendak bersiar-siar seorang diri di Sunway Lagoon, yang kedua aku hendak membuat pelaburan saham sebagai simpanan untuk masa depan aku dan yang ketiga aku nak duduk seorang diri didalam bilik dan mengira wang selebihnya. hahaha...itu sahaja aktiviti yang hendak aku lakukan, tetapi sayangnya duit yang aku tunggu dan aku sayang itu masih lagi belum mahu berjumpa dengan diriku ini, dan aku sekarang ini hanya duduk dirumah sambil buat tak tahu ja....huhuh...


    p/s : SAYA BUKAN MATA DUITAN :P
    Read more...

    Khamis, 1 April 2010

    :)

  • Khamis, 1 April 2010
  • ibnuyusop


  • Harini aku sangat riang hati kerana syafawi aku berjalan dengan lancarnya. Alhamdulillah.. Tidak sia2 usaha aku membaca diwaktu pagi,petang,malam. Akhirnya aku menemui jalan kejayaan. Dan aku gembira juga kerana fara (buah hatiku) tidak lagi merajuk dengaku. hehehe..oklah harini setakat itu sahaja kot yang dapat aku coretkan didalam blog aku ni. Kepada sesiapa yang hendak kongsi idea korang leh lah email aku..
    hehehe

    p/s : Senyum itu sedekah :):):):)
    Read more...

    Rabu, 31 Mac 2010

    Wowow...

  • Rabu, 31 Mac 2010
  • ibnuyusop


  • Harini aku telah membeli sebuah meja belajar yang berharga Rm47 cash. hahahaha..ini memudahkan aku untuk study dan juga memudahkan aku untuk main internet nanti, sebab selama ini aku just main laptop dibawah lantai sahaja. Dan harini aku rasa bersalah dengan pasangan aku kerana aku membuatkan dia sedih, dan didalam blog aku ini, aku ingin meminta maaf dengan dia. :) Harap dia sudi maafkan diriku ini. Itu sahaja untuk harini :D

    p/s : hahahahahahahahaha
    Read more...

    Selasa, 30 Mac 2010

    1

    Kebuntuan.

  • Selasa, 30 Mac 2010
  • ibnuyusop

  • Hari semakin dekat dengan ujian dan aku banyak lagi kerja yang tertangguh dengan presention aku yang terpaksa aku ditangguhkan kerana ketihadiharan salah seorang daripada team aku. Jadi memang membuatkan aku bengang sekali dan buntu. So harini aku rasa merupakan hari yang sangat tidak bertuah bagi aku (betulkah ada hari bertuah dan hari tak bertuah pada kehidupan manusia)???.
    Read more...

    Subscribe