I
Isnin, 17 Mei 2010
Rindu!!
Harini apa yang aku lakukan serba tidak kena, kerana didalam hatiku merindui seseorang yang jauh dari pandanganku ini tetapi dia dekat dihatiku. Seharian aku menunggu khabar beritanya dari negara orang, sesekali mataku ini memandang kearah handset ku dengan harapan si dia akan menghantar khabar beritanya kepada dirku. Aku langsung tidak mendapat khabar, hatiku menjadi resah kerana memikirkan apakah yang berlaku keatas dirinya, ialah dia berada di negara orang yang jauh daripada keluarganya dan jauh daripada pandanganku. Dihati kecilku aku sentiasa mengharapkan tidak akan berlaku apa-apa keatas dirinya. Jam menunjukkan 10.48PM dan ketika itu aku terdengar bunyi sms yang datangnya dari handphone ku, lantas aku mencapainya dengan penuh harapan yang sms bakal ku terima ini adalah dari dia, ternyata apa yang ku harapakan menjadi kenyataan, sidia telah mengirimkan suatu pesanan kepada diriku. Kandungan smsnya berbunyi begini " Salam. Maaf abg, fara baru balik dari uni. Baru siapkan satu report, ada 2 lagi. Dahsyat sungguh fara rasa" itulah kandungan sms yang ku terima. Selepas menerima pesanan darinya maka aku menarik nafas lega tanda segala keresahan yang terbuku dihatiku lebur-seleburnya. sekian wassalam.
P/s : Rindu itu adalah anugerah dari ALLAH








